Ehsan dari metro online.
Tengkorak hancur
Oleh Wan Asrudi Wan Hassan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
IPOH: Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat
dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu
disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung
kepalanya hancur.
Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain
dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.
Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding
oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.