Seyes aku xpaham dgn sorg manusia ni...YA ALLAH tolong lah KAU buka lah pintu hati hambaMU yang seorang ni supaya tidak buta mata hati...peka dengan sekeliling jgn nak buat hal dia jer...sampai bebal jadinye.....ALLAH tu adil....nampak ape yang ko buat belakang aku sekali pun.....
otak tu bialah berkembang...jgn nak pentingkan diri sendiri...aku bosan lah dengan ko haWau!!
ni hahhh...sila baca...
semoga ALLAH ampuni segala dosa aku dan semoga ALLAH terangi hati aku supaya aku dapat terima benda yang baik dan pembelajaran dengan mudah...aminn YA Rabbil Al-amin
Kesan kepada individu
1. Buta matahati
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia
ini. Siapa yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat
kebenaran Allah kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada
cahaya kebenaran.
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,
sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat
mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah
hati yang di dalam dada” (al-Hajj: 46)
2. Keras hati
Hati yang jauh dari petunjuk Allah menjadi keras
dan sukar untuk menerima kebenaran sehingga disifatkan oleh Allah lebih
keras daripada batu.
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang
berimanuntuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang
telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti
orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka
melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai
diantara mereka menjadi orang-orang fasik” (al-Hadid: 16)