Thursday, August 11, 2011

KARTUNIS2 UJANG YANG MUKA LAGEND TP HATI KIUT

di pagi yang indah lagi cerah berseri2 mcm pakai safi rania ni.....sgt indah bak umpama mengeliat time tghari...
aku di kejutkan dgn berita MAmul PUNYA EMAK BARU BALIK LONDON.......... ehhh?? nape aku xtaww ni....selalu dah kecoh arrr........hishh betol ke ni..................hishh bialah...bak kater budak ni... dy ni kan penipu.... hahahahaha............wat everrrrrrrrr!!! 

Ok pagi yang agak ceria ni...aku berborak dgn si ayu keyoyong.........tetiber tercerita pasal UJANG a.k.a Majalah Ujang........ahhahaha....teringat zaman2 dedolu....kannn?? uolss tau aku ni punya lah TERPERANJAT BOBOI sebab ayu ckp kartunis Qayyum dah meninggal......(SUPI SUPIAN)... Innalillahiwa'innahilahirojiun.... seyessss aku xtau ok.........Arwah dikatakan pengsan ketika naik ke apartmentnya dan meninggal dunia akibat serangan strok. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah......ape pun aku doakan semoga rohnya di cucuri rahmatNya... Al- Fatihah.....

Aku pun meninjaw2 pasal kartunis2 ujang yang lain........tetiba aku terjumpa ni.......... :- antara2  lawak arwah Qayyum..........................

Nama : nama panjang rashdan nama pendek dan jumbo

Nama samaran : nama besar qayyum nama kecik q

E-mail : posto pun boleh

Facebook : baru merancang nak buat

Alamat : no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).

Hari di beranak : hari jumaat

Tempat beranak : sama tempat lahir ahmad albab

Makan kesukaan : yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?

Minuman kegemaran : jin n tonik

Mainan kesayangan : bangsi hikmat

Warna peberet : warna warni kehidupan

Binatang kesukaan : binatang apa dia tunggang

Bacaan kesukaan : hikayat 1001 darham... Eh... Malam

Kenderaan kenaikan : cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setan

Hobi : saya suka main bola... Hari-hari saya main bola

Cita-cita : champion of screw

Sejarah hidup : hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya : menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...

Sepatah dua kata : lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu makan sama-sama , semoga mati dalam iman


hahahahahhahahahahahahha!!!!!!! kelakar okayyyyyyyyyyy....kalau korang folo citer n dialog citer tan sri pramlee.. korang akan jumpe dialog2 ni dlm citer dy okayyyyy........

Arwah Kartunis Qayyum yang Baju Kaler hitam belah kiri gambar..yang sebelah qayyum tu gayour, belakang tu ayie, yang baju purple tu xsilap aku padi.......huhu.......


Ape pun Majalah Ujang de best ever n ever Lagend of Magazine Okayyyyy............ sape2 yang penah folo cd cerita2 ujang ni.........korang mmg terbaaeeeekkkkkkkkk!!! lawak kan uollsss??.......Ehh btw aku ade terbace satu info ni yang bgtau yang padi pun tgh sakit akibat tumor... awal julai haritu.......huhu....semoga beliau cepat sembuh...

haaaaaaaaaa.....yang ni lah UJANG.........majalah ujang tu asalnyer dr dy ni lahhhhhhhhhhh......tp kesian sebab dy kene tipu dengan kawan2 dy mase majalah ujang tgh hot dipasaran.....sampaikan nama aje kat majalah tapi ujang yang sebenarnye tertipu dan tertindas.....dan xde apa2 hak ke atas majalah ujang tersebut...... sian kan???? puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........sialllllllllllllllll lah sape yg wat tu kan.... 

Berita dipetik dr sumber yang boleh dipercayai okayyyy :-

Walaupun sekian lama berada di sebalik tabir, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon yang cukup popular dengan kartun Aku Budak Minang sekitar tahun 80-an berpendapat bakat kartunis yang dimiliki beliau bukan dicipta, sebaliknya sebati dalam darah dagingnya.
Bukan seorang yang suka berjenama atau melawak seperti yang diduga, Ujang berkata, bakat seseorang kartunis itu tidak boleh dicipta atau diciplak, ianya lahir dalam diri seseorang itu seperti dirinya yang begitu menonjol berbanding kartunis tempatan lain dan dianggap lagenda komik tempatan.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk melahirkan seorang lagi Ujang, bagi saya, bakat ini lahir dalam diri seseorang itu dan bukannya sesuatu yang boleh dicipta atau dididik dalam diri mana-mana individu, 
“Saya pasti jika Datuk Siti Nurhaliza pun tidak tahu bagaimana untuk melahirkan satu lagi penyanyi sehebat beliau, ia datang dengan sendirinya dalam diri seseorang itu seperti saya juga,” kata bapa kepada seorang anak perempuan yang mungkin sedang mengikuti jejak langkah Ujang.
Anak sulong Ujang itu sedang melanjutkan pengajian beliau di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang animasi.
Dalam artikel sebelum ini, mynewshub.my melaporkan Ujang sebagai berkata : “Saya sudah puas dengan sepak terajang industri,” jawab Ujang apabila ditanya mengenai penglibatan beliau selama hampir 30 tahun dalam industri komik tempatan.
Beliau yang kini berusia 45 tahun berkata, kini beliau lebih selesa berada di belakang tabir dan mengusahakan beberapa pekerjaan yang melibatkan animasi dan pembikinan majalah di samping menyelami kehendak anak-anak muda hari ini dalam bidang komik.
“Dari menjadi kartunis utama dan memiliki sebahagian pegangan dalam majalah Ujang sehingga mampu untuk memandu kereta sport hingga terpaksa turun naik mahkamah selama lima tahun yang akhirnya menyebabkan saya kerugian berjuta ringgit, saya fikir saya sudah puas,
“Kini sudah tiba masa untuk saya tidak menonjol ke hadapan lagi, berada di belakang tabir dan mengajar anak-anak muda yang berminat dalam industri animasi selain menjaga keluarga,” kata beliau yang mempunyai empat anak ketika ditemui mynewshub.my.
Ujang yang pernah bekerja sebagai kartunis majalah Gila-Gila selama 10 tahun menerbitkan majalah sendiri dengan nama penanya, Ujang pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications dengan memiliki sebahagian pegangan pemilikan namun penguasaan pemilikan telah dikuasai sepenuhnya oleh syarikat itu di bawah MOY setelah mahkamah memutuskan sedemikian.
Mengulas lanjut, Ujang berkata, kisah turun naik mahkamah sehingga terpaksa bergolok-gadai segala harta yang dikecapi semasa zaman kegemilangannya ekoran pertelingkahan antara beliau dengan pihak syarikat penerbit banyak memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan.
Selepas kalah dalam kes mahkamahnya, Ujang yang berasal dari Kuala Pilah, Negri Sembilan pernah menjual gelang, bermalam di masjid, melukis di kaki lima dan mengusahakan perniagaan bot demi menyara kehidupan sekeluarga.
Kini, selain mengusahakan animasi dan pembikinan majalah Upin & Ipin versi Bahasa Inggeris, beliau juga banyak melayan peminat menerusi laman sosial Facebook dan mempamerkan hasil karyanya yang terdahulu menerusi laman web di samping menyelami kehendak warga muda semasa, jelasnya.
Ditanya pendapat beliau mengenai industri komik negara pada masa ini, Ujang menambah, beliau melihat industri tersebut kian lesu setelah kebanjirkan banyak komik-komik dari luar negara terutama Jepun dan Cina yang dialih bahasa.
“Kalau tak silap saya, jualan komik buatan tempatan jatuh sekitar 40 peratus akibat kemunculan dan kebanjiran banyak komik dari Jepun dan China yang dialih bahasa ke bahasa kebangsaan dan trend yang sama berlaku di seluruh dunia,” jelas beliau lagi.








No comments:

Post a Comment