Assalammualaikum......
Setelah berpuasa mula pada 1 ramadhan....akhirnya saya kandas.... bkn kandas ape... aku telah diberi keistimewaan yang mana semua perempuan akan kene pada setiap bulan... aku cukup risau.. bukan risau ape... risau nak menggantikan nye nanti... uuuwwwaaaa... dah lah aku ni jenis kdg2 smpi 10 hari...adoiinye pun.....jadinye setelah tamatnye luka lama berdarah kembali tu... aku berjaya sampi ke hari ke7...yeayyy......sonye untuk mengingatkan diri sendiri apabila nak menggantikan nye aku ade buat search pasal ganti puasa...yang mane puase2 yang dibuat adalah bergantung pada niat, iaitu sunat, qada, puasa enam, puasa nazar.....adalah semua puasa ni berlainan dan tidak boleh digabungkan.....sambil ingatkan diri dan semua........
Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan.
(Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Yang paling
afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa
sunat enam, bulan Syawal.
Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala
*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."
Bayar Fidyah
Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak
mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu
Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak
boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak
beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang
meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang
puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki
berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin.
Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi
mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Fidyah tidak boleh digantikan dengan
zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat
fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada
masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang
dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.